Ciri-ciri fizikal Jelutung

Silara Pokok Jelutong amat padat dan berbentuk kubah. Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Biasa berwarna kelabu. Kulit ini meleleh banyak getah atau lateks putih yang digelarkan "getah jelutong" dan digunakan untuk membuat gula-gula getah.
  • Daun: Besar dan disusun dalam pusaran yang terdiri daripada 6-8 helai daun.
  • Bunga: Membuka pada waktu petang, antara pukul 5-7. Bunga putih akan luruh 12 jam kemudian. Secara amnya, semua pokok di dalam sesuatu kawasan akan luruh daun dan bunganya dengan serentak, walaupun kejadian ini tidak dijumpai di dalam hutan.
  • Buah: Masak menjadi lenggai kembar terlangkup yang besar selepas 2-3 bulan.